Thursday, November 29, 2012

Pertemuan yang sudah diatur dari langit, aku dan dia cuma menjalankan apa yang dikehendaki tuhan. Berkawan atas kemahuan sendiri, menyayangi kerana rasa itu hadir tanpa diundang, mencintai dalam diam. Mencintainya membawaku dekat kepada Pencipta. Dia kekuatan dalam duka, penyuluh dalam hiba. Semoga rasa yang ada di hatimu, di hatiku tidak melebihi cintamu dan aku kepadaNya. DIA masih yang teragung dan kau penghuni hati yang kosong. 

Aku ikhlas menyayangimu.

Uhibbuka fillah abadan abada. 

Sunday, November 18, 2012

Ada Dia

Tuhan,
Ada dia yang Kau kirim dari langit.
Ada pencerita dalam kabut
Ada penghibur dalam kalut.

Ya Rabbul Izzati,
Semoga ukhwah yang terjalin ini mendekatkan aku denganMu.
Semoga setiap peringatan nafasku kan sebut namaMu.
Semoga doa dan janji kan bersatu atas redhaMu.

Duhai Sakina,
Tetapkan hatimu, hatinya, masih di jalan yang sama. 
Teguhkan niatmu, niatnya terang bercahaya.
Tempatkan dirimu, dirinya dikalangan pencintaNYA.

Semoga Tuhan kan redha. 

Saturday, September 22, 2012

Aku mahu

Aku mahu menulis sesuatu.
Aku mahu menyatakan sesuatu.
Aku mahu kau tahu akan sesuatu.
Tapi itu hanya di relungan. Tidak terluah.
Akhir ini, aku seperti bukan aku.
Aku sudah takut untuk menzahirkan kata.
Siapa kamu? Kenapa aku jadi bingung?

Aku mahu meluahkan sesuatu.
Aku mahu.

Tapi hanya di relungan.
Hanya di relungan.

Hati, apa yang kau mahu?
Bisik. Biar aku realisasikan apa yang kau ingini.
Kerana kau tidak akan pernah tenang selagi kau pendam.
Dalam tawamu Sakina, hatimu teramat pusing.
Di kiri dia di kanan dia.
Kenapa mereka?
Siapa Dia di hatimu?

Biarkan aku pergi.
Aku cuma mahu ketenangan dalam gundahku.
Aku cuma mahu ketawa dalam sisa airmataku.
Jangan aku didekati jika mampirmu bukan kerana Tuhan.
Biar rasa yang ada berputik keranaNya.

Lepaskan aku.
Benarkan aku melangkah pergi.
Kerana aku tidak betah terus di sini.
Aku terikat kerana kata yang tidak terluah.

Aku mahu kau tahu sesuatu.
Aku mahu kau tahu sesuatu.

Tuesday, June 19, 2012

Give time, some time.

still in healing process. masi rindu dengan rumah berserta orang2nya. masi memendam sakitnya. huhu. Allah, permudahkan jalan untuk hambaMu ini. homesick menggila!

Tuesday, June 12, 2012


Penaku mati. Tulisan bisu ku tuli. 
Yang buta tak kan terlihat.
Yang pekak tak kan dengar.
Yang menilai dari mata hati; melihat, mendengar.
Yang berbicara sufi, melaungkan ad-deen; dia faham; meski tak terluah. Dia mendengar; meski tak kau khabar. 



Dia yang merenungmu dari mata hati.

Friday, June 8, 2012



"Sebagai manusia, aku sayang padamu.."