Aku mahu menulis sesuatu.
Aku mahu menyatakan sesuatu.
Aku mahu kau tahu akan sesuatu.
Tapi itu hanya di relungan. Tidak terluah.
Akhir ini, aku seperti bukan aku.
Aku sudah takut untuk menzahirkan kata.
Siapa kamu? Kenapa aku jadi bingung?
Aku mahu meluahkan sesuatu.
Aku mahu.
Tapi hanya di relungan.
Hanya di relungan.
Hati, apa yang kau mahu?
Bisik. Biar aku realisasikan apa yang kau ingini.
Kerana kau tidak akan pernah tenang selagi kau pendam.
Dalam tawamu Sakina, hatimu teramat pusing.
Di kiri dia di kanan dia.
Kenapa mereka?
Siapa Dia di hatimu?
Biarkan aku pergi.
Aku cuma mahu ketenangan dalam gundahku.
Aku cuma mahu ketawa dalam sisa airmataku.
Jangan aku didekati jika mampirmu bukan kerana Tuhan.
Biar rasa yang ada berputik keranaNya.
Lepaskan aku.
Benarkan aku melangkah pergi.
Kerana aku tidak betah terus di sini.
Aku terikat kerana kata yang tidak terluah.
Aku mahu kau tahu sesuatu.
Aku mahu kau tahu sesuatu.